Friday, August 21, 2009

NMT-Purajaya

....PUTRAJAYA here we come
NMT GROUP ( Kacap, Ume, Umi, Ahu)

Pedestrian (kacap n Ume)

Laluan Basikal (aku xjumpa pun ada yang naik basikal)

Urban Transport punya keje..Group aku yang diwakili oleh aku, kacap, umi n ume dapat tugasan kena buat pasal Non-Motorised Transport n kena g ke Putrajaya buat survey dan dapatkan informasi kat sana..Mula2 dah memang plan baik punya nak g sana..tapi disebab kan ada beberapa cabaran..kitorang xdapat nak buat persediaan yang sepatutnay..tapi disebabkan risau kot2 la kena marah dengan Puan Lecturer, kitorang try la usaha nak g sana..first skali try la cari alamat n no tlipon Perbadanan Putrajaya..bila dah dapat..Call la kat diorang..mula2 operator angkat..pastu dia pass panggilan tu ke bahagian mana ntah..bahagian yang tiada sape pun jawab panggilan aku buat tu..hampeh betul..5X aku try...las skali lepas 30 min, diorang call balik..suruh pos kan surat..nak cepat..kitorang mintak Puan Lecturer yang Faks kan surat..bila dah faks..kitorang Call lagi..kata orang kat sana..faks tu dah di tujukan ke Puan R..lepas tu call la pulak kat Puan R..Puan R tu pulak kata..Faks tu sepatutnya ditujukan kepada Puan A..hampeh sungguh aku rasa..kejap sini..kejap sana..

Puan R kata dia akan tolong transfer kan faks tu kpd Puan A..tapi aku call Puan A, dia kata faks tu xde sampai..menyirap aje ku rasa..hahahaha..Bila call lagi buat keberapa kali ntah..operator kata Puan A xmasuk pejabat pulak dah..ish..ish..macam2 kerenah.. Dah geram n campur ngan takut xsiap assignment, kitorang dengan kerjasama member aku Syazimie yang sanggup bagi pinjam kreta dia, kitorang pun g la Putrajaya dengan harapan yang tinggi menggunung..walaupun jalan nak g sana pun kitorang xtau..hahahaha..sesat sudah jadi lumrah dan kemestian bagi perjalanan pertama kami..hehehe..tapi akhirnya, kami tiba d sana..dah park kreta, cari bangunan pulak yang xjumpa..dah jumpa,oarng yang nak d jumpai plak xde..nasib baik la ada yang beretika kerja yang bagus, dia arrange kan kitorang g ke bahagian pengurusan traffic Putrajaya..
Kat sana, kitorang akhirnya berjaya menemuramah bersama Encik M..seorang pegawai yang peramah dan sanggup melayan kami walaupun tanpa sebarang temujanji khas..Encik M la yang terangkan sedikit sebanyak berkenaan NMT d Putrajaya dan ada jugak sesi soalan di luar scope NMT..Terima kasih kepada Encik M kerana berikan kerjasama pada kami dan meluangkan masa melayan kami..semoga Encik sentiasa dirahmati dan mendapat keredhaan dari ALLAH S.W.T..aminnn.....

Lepas interview, kami g la sekitar Putrajaya utk amik2 gambar yg berkenaan dgn NMT ni..sempat la jugak berposing sikit sebanyak...

Semoga assignment ni berjaya disiapkan dengan jayanya...kepada rakan2 seGROUP, thanks atas usaha dan kerjasama anda semua..chayoOK..chayoOK..

No comments:

Post a Comment