Wednesday, March 25, 2009

CaWaN KAcA..


Kenapa CawanKaca?
CawanKaca ni cuma sebagai lambang kepada satu kejayaan yang bakal diperolehi hasil daripada liku2 idup yang dilalui..CawanKaca..ingat ke senang nak buat CawanKaca?Susah..bermula dengan tanah liat yang kotor, yang menjadi alas permukaan bumi ini..Ia di uli, dibakar, dibentuk kan, diukir dan diwarna kan...Sama macam kita, untuk berjaya kita terpaksa menempuh pelbagai cabaran dan dugaan..


CawanKaca ni bukan la nak bercerita tentang tanah..tapi untuk berjaya..percayalah..setiap ape yang kita lalui tiap2 saat tu adalah bermakna..setiap ape yang kita tempuh itu berharga..Hargai la detik2 yang kita lalui..Pengalaman yang mendewasakan kita..Betul pengalaman yang mendewasakan pemikiran kita..Setiap manusia ada pengalaman nya tersendiri..yang diukir dari kehidupan yang ditempuhi..dicorak melalui pergaulan yang dijalani..CawanKaca pun sama..sama dari segi liku hidup pembuatan nya..

Pengalaman setiap manusia berbeza..So jangan la beranggapan bahawa sebab diri kita berpengalaman dalam sesuatu hal..kita saje yang pandai..setiap pengalaman orang lain juga akan mengajar mereka menjadi seseorang yang lebih pandai..kenapa kita sibuk nak pening2kan kepala nak kena fikir untuk bersaing dengan orang lain..sampai masa kita sendiri yang penat..tension la konon..hahaha padahal, masalah, kita yang cari...pada aku, bersainglah dengan diri kita yang lalu..macam mana kita pada hari yang lepas, jadikan hari ini lagi hebat,macam mana kita pada bulan lalu, jadikan bulan yang sedang dilalui sesuatu yang lagi berguna, macam mana kita pada tahun yang lalu, jadikan tahun yang sedang ditempuhi sebagai satu yang bakal mencorakkan kejayaan kita...


Bukan lah niat aku nak kata aku hebat, cuma sekadar nak berkongsi dan memperingati diri sendiri..Kalau ada yang tidak bersetuju..aku mohon maaf la..ni aku bagitau..tentang ape pandangan aku..Terima kasih pada teman2 yang sudi luangkan masa membaca artikel ini...

Monday, March 23, 2009

pengetahuan bersama........

Di riwayatkan bahawa pada suatu hari
Rasulullah S.A.W sedang duduk bersama para sahabat, kemudian datang pemuda Arab
masuk ke dalam masjiddengan menangis. Apabila Rasulullah S..A.W melihat pemuda
itu menangis maka baginda pun berkata, "Wahai orang muda kenapa kamu menangis?"


Maka berkata orang muda itu, "Ya Rasulullah
S.A.W, ayah saya telah meninggal dunia dan tidak ada kain kafan dan tidak ada
orang yang hendak memandikannya." Lalu Rasulullah S.A.W memerintahkan Abu Bakar
r.a.dan Umar r.a. ikut orang muda itu untuk melihat masalahnya. Setelah mengikut
orang itu,maka Abu Bakar r.a dan Umar r.a. mendapati ayah orang muda itutelah
bertukar rupa menjadi babi hitam, maka mereka pun kembali dan memberitahu kepada
Rasulullah S.A.W, "Ya Rasulullah S.A.W, kami lihat mayat ayah orang ini bertukar
menjadi babi hutan yang hitam." Kemudian RasulullahS.A.Wdan para sahabat pun
pergi ke rumah orang muda dan baginda pun berdoakepada Allah W.T, kemudian mayat
itu pun tukar kepada bentuk manusia semula.


Lalu Rasulullah S.A.W dan para sahabat
menyembahyangkan mayat tersebut. Apabila mayat itu hendak dikebumikan, maka
sekali lagi mayat itu berubahmenjadi seperti babi hutan yang hitam, maka
Rasulullah S.A.W pun bertanyakepada pemuda itu, Wahai orang muda, apakah yang
telah dilakukan oleh ayahmu sewaktu dia di dunia dulu?" Berkata orang muda itu,
"Sebenarnya ayahku ini tidak mahu mengerjakan solat." Kemudian Rasulullah S.A.W
bersabda, "Wahai para sahabatku, lihatlah keadaan orang yang meninggalkan
sembahyang. Di hari kiamat nanti akan dibangkitkan oleh Allah S.W.T seperti babi
hutan yang hitam."


Di zaman Abu Bakar r.a ada seorang lelaki
yang meninggal dunia dan sewaktu mereka menyembahyanginya tiba-tiba kain kafan
itu bergerak. Apabila mereka membuka kain kafan itu mereka melihat ada seekor
ular sedang membelit leher mayat tersebut serta memakan daging dan menghisap
darah mayat.


Lalu mereka cuba membunuh ular itu. Apabila
mereka cuba untuk membunuh ular itu, maka berkata ulartersebut, Laailaaha
illallahu Muhammadu Rasulullah, mengapakah kamu semua hendak membunuh aku? Aku
tidak berdosa dan aku tidak bersalah. Allah S.W.T yang memerintahkan kepadaku
supaya menyeksanya sehingga sampai harikiamat." Lalu para sahabat bertanya,
"Apakah kesalahan yang telah dilakukanoleh mayat ini?" Berkata ular, "Dia telah
melakukan tiga kesalahan, di antaranya ;


1. Apabila dia mendengar azan, dia tidak
mahu datang untuk sembahyang

2. Dia tidak mahu keluarkan zakat hartanya.
3. Dia tidak mahu mendengar nasihat para ulama. Maka inilah
balasannya".

Setelah segala urusan dunia selesai

Setelah segala urusan dunia selesai, mayat akan dikebumikankan dan setelah setelah selesai dikebumikan maka rohnya akan dikembalikan ke jasadnya untuk MENJAWAB SOALAN dari malaikat. Diriwayatkan dari Abdullah bin Salam ra, sebelum malaikat Munkar dan Nakir masuk, ada seorang malaikat lain masuk dahulu yang mukanya bersinar bagai matahari, namanya Roman.

Dia masuk kepada mayat dan berkata: "Tulislah apa yang kamu perbuat dari kebaikan dan keburukan semasa hidup di dunia dahulu." Mayat menjawab: "Dengan apa aku menulis? Mana penaku, mana dakwatku dan kertasku?" Sahut malaikat Roman: "LUDAHmu sebagai DAKWAT, JARImu sebagai PENA." Mayat bertanya: "Di atas apa aku menulis?" Sabda Rasulullah saw: "Maka malaikat itu memotong tali kapan dan dicarikkan kain kapan dan diberikan kepada mayat dan katanya: inilah bukumu dan tulislah sekarang" Maka MAYAT itu MENULIS apa yang telah dilakukan semasa hidupnya dengan KEBAIKAN.

Maka bila sampai pula untuk menulis kejahatan, mayat itu merasa malu untuk menulisnya. Kata malaikat: "Wahai orang salah, sekarang ENGKAU merasa MALU untuk MENULIS KESALAHAN yang kamu lakukan dahulu. Kenapa kamu tidak malu terhadap Tuhan yang menciptakan akan kamu waktu kamu melakukan kesalahan dahulu, hingga kamu merasa malu kepada aku?" Maka malaikat itu mengangkat tongkat hendak memukulnya. Lalu berkata si hamba tadi: "Angkatlah saya dan saya akan menulisnya." Diapun menulis semua sekali kejahatan hingga habis, lalu malaikat itu memerintahkan supaya dia melipat catitannya itu dan memberinya cop mohor.

Tanya si mayat: "Dengan apa cop?" Jawab malaikat: "Kamu COP dengan KUKUmu itu." Lalu diberikan cop kuku dan DIKALUNG di lehernya HINGGA ke hari QIAMAT. Firman Allah dalam surah Al-Isra' ayat 13 bermaksud: "Dan tiap-tiap manusia itu kami telah tetapkan amal perbuatannya (sebagaimana tetap kalong) pada lehernya dan kami keluarkan baginya pada hari qiamat sebuah kitab yang dijumpai dalam keadaan terbuka." Lalu masuklah dua malaikat, Munkar dan Nakir. Jika yang mati ahli maksiat, maka pada hari qiamat diwaktu Allah memerintahkan untuk membaca kitabnya sendiri, maka dia pun membaca sehingga habislah kebaikan yang dilakukan.

Tetapi bila sampai kepada keburukan dia pun berhenti. Maka firman Allah: "Mengapa kamu tidak baca?" Maka jawab si hamba: "Aku malu kepada Mu ya Allah." Firman Tuhan lagi: "Mengapa kamu tidak malu di dunia dahulu? Mengapa sekarang baru malu?" Akhirnya hamba tadi merasa sungguh menyesal tetapi sesalan yang tidak berguna lagi. Kemudian datang firman Tuhan lagi dalam surah Al-Haqqah ayat 30 dan 31 bermaksud: "Peganglah dia dan belenggulah dia, belenggu tangan ke lehernya. Kemudian masukkan dia ke dalam api neraka yang bernyala-nyala" "

Sunday, March 22, 2009

KISAH RUMPUT DAN ORANG YANG DISAYANGI

Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am. Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini :

Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang?. Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?

Cikgu : Oh, awak nak tahu ke?.Emmm...baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je ye...mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.

Pelajar : Baiklah...apa yang saya harus buat?

Cikgu : Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang PALING cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.

Pelajar : Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh.

Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.

Cikgu : Mana rumput yang cikgu suruh petik?

Pelajar : Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.

Cikgu : Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada MULAnya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi. KECUALILAH jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan sekali lagi. Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas.


semoga kita tidak lupa bahawa disekeliling kita sebenarnya ada yang kita sayangi walaupun ada kalanya kita sentiasa lupa dan sengaja melupakan nya..semoga kita masih berkesempatan mengenali insan tersebut..amin....

Saturday, March 21, 2009

Rindu Subuh

RINDU SUBUH

Pada pagi itu, seperti mana pagi-pagi yang lain, aku menyambut kedatanganseorang tetamu tetapku."Assalamualaikum", seru Subuh."Wa'alaikumsalam", sahutku.Dan kami terus berpelukan, tanda rindu serta kasih sayang. Kutanya khabarSubuh, bagaimana keadaannya mengembara dari satu tempat ke satu tempat."Tadi..", kata Subuh dengan sayu, "... aku baru sahaja melintasi satutempat.


Kucari tempat persinggahan, kuketuk rumah-rumah yang sunyi,tapi satupun yang tiada mahu menerimaku sebagai tetamu." Dan airmataSubuh pun berlinangan."Subuh, usah kau pedulikan mereka, bukankah aku menyambutmu denganpenuh rasa kegembiraan? Subuh mengangkat mukanya seolah-olah teringatsesuatu."Oh ya, tadi aku lalu di suatu tempat yang tanahnya disebalik sungai.Orang-orangnya sepertimu, menyambutku dengan penuh kesukaan, menjamukudengan pelbagai hidangan yang lazat serta mengiurkan. Hidangan yangpaling kusuka adalah buah Tahajjud, puas kucari dibumi lain, tapi jarangkujumpa.

Di situ aku meratah buah Tahajjud dengan puas serta leka".Dan Subuh merenung mataku mengharapkan sesuatu. Aku fahami maksudSubuh."Maaf Subuh, aku tiada menanam pohon Al-Lail, jadi aku tidak dapatmenghidangkanmu dengan buah yang kau sukai. Tapi aku ada RotiShiyam",cadangku pada Subuh.Subuh menolak dengan hormat. "Roti itu ada tuan punyanya", kata Subuh."Adakah kau mahu manisan Zikir?" rayuku pada Subuh."Baiklah, ambilkan aku sedikit, serta bawakan aku segelas Air MataTangisan", pinta Subuh.

Aku agak sugul, bagaimana harusku beritahu pada Subuh, yang Mata AirTangisan sudah hampir kekeringan akibat kemarau Maksiat yangberpanjangan?Namun, aku tetap menjenguk ke dalam Perigi yang memuatkan Mata Airtersebut. Aku terkejut. Perigi tersebut hampir separuh penuhnya.Dan aku berdetik didalam hati, adakah ini tanda kemarau akan berakhir?Tanpa berlengah lagi kubawa Air tersebut pada Subuh, tetamu yangkusanjungi, dan kusuakan manisan yang dipintanya.

Selesai menjamahkesemuanya, Subuh pun melirikkan sebuah senyuman."Subuh ..", seruku, "... mahukah kau tinggal selamanya denganku? Akumemerlukan teman dalam kesunyian. Akan kulayan kau dengansebaiknya,wahai Subuh".Subuh tersenyum lagi menandakan permintaanku tidak akan terpenuhi."Aku perlu menziarahi ramai orang, dan ramai lagi yang memerlukankehadiranku untuk mengubati rindu mereka, sepertimana aku mengulitimimpimu".Dan aku akur dengan penjelasan Subuh. "Subuh",.. seruku lagi bila melihat Subuh bersiap untuk pergi, "Sudikah kau menziarahiku lagi esokhari?""InsyaAllah", jawab Subuh,"... bukankah aku kekasih yang kau rindui?"Subuh berangkat dengan lambat tetapi tetap."Assalamualaikum", seru Subuh."Waalaikumsalam", jawabku kembali.Dan mataku terus meniti langkah Subuh, yang semakin laju dengan setiaplangkah. Dan akhirnya Subuh hilang dari pandangan.

P/S : Apalah agaknya keluh kesah dari Zohor, Asar, Magrib dan Isyak?Jawapannya.. . tersirat dalam diri kita sendiri.Kita pastinya tahu..