Monday, March 23, 2009

pengetahuan bersama........

Di riwayatkan bahawa pada suatu hari
Rasulullah S.A.W sedang duduk bersama para sahabat, kemudian datang pemuda Arab
masuk ke dalam masjiddengan menangis. Apabila Rasulullah S..A.W melihat pemuda
itu menangis maka baginda pun berkata, "Wahai orang muda kenapa kamu menangis?"


Maka berkata orang muda itu, "Ya Rasulullah
S.A.W, ayah saya telah meninggal dunia dan tidak ada kain kafan dan tidak ada
orang yang hendak memandikannya." Lalu Rasulullah S.A.W memerintahkan Abu Bakar
r.a.dan Umar r.a. ikut orang muda itu untuk melihat masalahnya. Setelah mengikut
orang itu,maka Abu Bakar r.a dan Umar r.a. mendapati ayah orang muda itutelah
bertukar rupa menjadi babi hitam, maka mereka pun kembali dan memberitahu kepada
Rasulullah S.A.W, "Ya Rasulullah S.A.W, kami lihat mayat ayah orang ini bertukar
menjadi babi hutan yang hitam." Kemudian RasulullahS.A.Wdan para sahabat pun
pergi ke rumah orang muda dan baginda pun berdoakepada Allah W.T, kemudian mayat
itu pun tukar kepada bentuk manusia semula.


Lalu Rasulullah S.A.W dan para sahabat
menyembahyangkan mayat tersebut. Apabila mayat itu hendak dikebumikan, maka
sekali lagi mayat itu berubahmenjadi seperti babi hutan yang hitam, maka
Rasulullah S.A.W pun bertanyakepada pemuda itu, Wahai orang muda, apakah yang
telah dilakukan oleh ayahmu sewaktu dia di dunia dulu?" Berkata orang muda itu,
"Sebenarnya ayahku ini tidak mahu mengerjakan solat." Kemudian Rasulullah S.A.W
bersabda, "Wahai para sahabatku, lihatlah keadaan orang yang meninggalkan
sembahyang. Di hari kiamat nanti akan dibangkitkan oleh Allah S.W.T seperti babi
hutan yang hitam."


Di zaman Abu Bakar r.a ada seorang lelaki
yang meninggal dunia dan sewaktu mereka menyembahyanginya tiba-tiba kain kafan
itu bergerak. Apabila mereka membuka kain kafan itu mereka melihat ada seekor
ular sedang membelit leher mayat tersebut serta memakan daging dan menghisap
darah mayat.


Lalu mereka cuba membunuh ular itu. Apabila
mereka cuba untuk membunuh ular itu, maka berkata ulartersebut, Laailaaha
illallahu Muhammadu Rasulullah, mengapakah kamu semua hendak membunuh aku? Aku
tidak berdosa dan aku tidak bersalah. Allah S.W.T yang memerintahkan kepadaku
supaya menyeksanya sehingga sampai harikiamat." Lalu para sahabat bertanya,
"Apakah kesalahan yang telah dilakukanoleh mayat ini?" Berkata ular, "Dia telah
melakukan tiga kesalahan, di antaranya ;


1. Apabila dia mendengar azan, dia tidak
mahu datang untuk sembahyang

2. Dia tidak mahu keluarkan zakat hartanya.
3. Dia tidak mahu mendengar nasihat para ulama. Maka inilah
balasannya".

No comments:

Post a Comment