Saturday, March 21, 2009

Rindu Subuh

RINDU SUBUH

Pada pagi itu, seperti mana pagi-pagi yang lain, aku menyambut kedatanganseorang tetamu tetapku."Assalamualaikum", seru Subuh."Wa'alaikumsalam", sahutku.Dan kami terus berpelukan, tanda rindu serta kasih sayang. Kutanya khabarSubuh, bagaimana keadaannya mengembara dari satu tempat ke satu tempat."Tadi..", kata Subuh dengan sayu, "... aku baru sahaja melintasi satutempat.


Kucari tempat persinggahan, kuketuk rumah-rumah yang sunyi,tapi satupun yang tiada mahu menerimaku sebagai tetamu." Dan airmataSubuh pun berlinangan."Subuh, usah kau pedulikan mereka, bukankah aku menyambutmu denganpenuh rasa kegembiraan? Subuh mengangkat mukanya seolah-olah teringatsesuatu."Oh ya, tadi aku lalu di suatu tempat yang tanahnya disebalik sungai.Orang-orangnya sepertimu, menyambutku dengan penuh kesukaan, menjamukudengan pelbagai hidangan yang lazat serta mengiurkan. Hidangan yangpaling kusuka adalah buah Tahajjud, puas kucari dibumi lain, tapi jarangkujumpa.

Di situ aku meratah buah Tahajjud dengan puas serta leka".Dan Subuh merenung mataku mengharapkan sesuatu. Aku fahami maksudSubuh."Maaf Subuh, aku tiada menanam pohon Al-Lail, jadi aku tidak dapatmenghidangkanmu dengan buah yang kau sukai. Tapi aku ada RotiShiyam",cadangku pada Subuh.Subuh menolak dengan hormat. "Roti itu ada tuan punyanya", kata Subuh."Adakah kau mahu manisan Zikir?" rayuku pada Subuh."Baiklah, ambilkan aku sedikit, serta bawakan aku segelas Air MataTangisan", pinta Subuh.

Aku agak sugul, bagaimana harusku beritahu pada Subuh, yang Mata AirTangisan sudah hampir kekeringan akibat kemarau Maksiat yangberpanjangan?Namun, aku tetap menjenguk ke dalam Perigi yang memuatkan Mata Airtersebut. Aku terkejut. Perigi tersebut hampir separuh penuhnya.Dan aku berdetik didalam hati, adakah ini tanda kemarau akan berakhir?Tanpa berlengah lagi kubawa Air tersebut pada Subuh, tetamu yangkusanjungi, dan kusuakan manisan yang dipintanya.

Selesai menjamahkesemuanya, Subuh pun melirikkan sebuah senyuman."Subuh ..", seruku, "... mahukah kau tinggal selamanya denganku? Akumemerlukan teman dalam kesunyian. Akan kulayan kau dengansebaiknya,wahai Subuh".Subuh tersenyum lagi menandakan permintaanku tidak akan terpenuhi."Aku perlu menziarahi ramai orang, dan ramai lagi yang memerlukankehadiranku untuk mengubati rindu mereka, sepertimana aku mengulitimimpimu".Dan aku akur dengan penjelasan Subuh. "Subuh",.. seruku lagi bila melihat Subuh bersiap untuk pergi, "Sudikah kau menziarahiku lagi esokhari?""InsyaAllah", jawab Subuh,"... bukankah aku kekasih yang kau rindui?"Subuh berangkat dengan lambat tetapi tetap."Assalamualaikum", seru Subuh."Waalaikumsalam", jawabku kembali.Dan mataku terus meniti langkah Subuh, yang semakin laju dengan setiaplangkah. Dan akhirnya Subuh hilang dari pandangan.

P/S : Apalah agaknya keluh kesah dari Zohor, Asar, Magrib dan Isyak?Jawapannya.. . tersirat dalam diri kita sendiri.Kita pastinya tahu..

No comments:

Post a Comment