Thursday, March 15, 2012

sihir kehidupan


sepi dalam kelam malam, bukan beerti meraba mencari jalan..
terang dalam kecerahan siang bukan kenikmatan yang patut dileka..
senang melafaz, kerana kita insan yang bertutur kata..
kudrat yg ditanggung merasai bebanan harian, tatkala fikiran mula mencemuh..

teringatkan pada sebuah janji yang sengaja dibiarkan berlalu..
dalam masa sesaat, berjuta kesempatan telah dilepaskan..dalam leka kita sendiri..
masa...memang dia pembunuh utama..dalam diam, dalam sibuk, dalam kalut manusia..
kita mencari masa tambahan, sedangkan sering melepaskan masa yg ada..

tatap hidup mu sebelum hidup mu menatap tubuh mu..
kenang kisah mu sebelum yang lain mengenang mu..
uruskan diri mu sebelum insan lain menguruskan diri mu..
hitung kehadiran mu dulu, sebelum kehadiran mu bakal dihitung..


No comments:

Post a Comment