Tuesday, August 30, 2011

syawal 1432

1 syawal 1432 hijrah (03:30am)

detik ini..aku kesorangan di perantauan..walaupun bukan lah aku berada di luar negara..tp cukup membuat kan aku rasa tersangat sayu..dan aku mula memahami betapa penting nya sebuah keluarga itu..aku kini menyambut hari lebaran Aidilfitri kesorangan di negeri dimana tempat aku mencari rezeki dari ALLAH SWT..wlaupun jiwa..hati..akal aku terasa ingin memberontak..tp aku anggap dugaan kecil ini sbg dugaan bg seorang insan yg mencari rezeki halal milik ALLAH SWT..mungkin aku bukan pejuang negara..mungkin aku bukan lah semegah org lain yg berada di luar negara..aku masih di negara yg menjadi tanah berpijak nya kaki aku ini..

tapi.aku berada jauh dari keluarga, sanak saudara dan rakan2 sekampung ku..Mungkin ini satu pengalaman perit bagi aku utk dilalui..tp selepas ni..aku yakin..pengalaman ini akan menjadi satu kenangan indah utk aku kenangkan..Pada saat semua adik beradik berkumpul beramai2..anak2 buah aku bergembira bermain bersama..aku kini berada di sebuah rumah, terperap di sebuah bilik yg menjadi tempat aku berteduh hujan dan panas...Semoga semua yg berada di kampung ku bergembira menghayati rahmat Aidilfitri yg ALLAH SWT kurniakan pada kita umat islam..



aku rindukan ciuman seorang ibu dipagi Raya, aku rindu kan salam keredhaan dari seorang ayah..aku rindukan gelak tawa, usikan seorang kakak, aku rindu kan saat berbual mesra seorang abang..dan aku rindukan suasana riuh rendah gelak tangis anak2 buah aku..aku rindu kan kunjungan tanda ingatan rakan2 ku..semua aku rindu kan..segalanya itu nikmat ALLAH SWT kepada ku..tapi..disaat ini..pada tahun ini..ALLAH SWT menguji aku..meletak kan aku jauh dri nikmat kerinduan itu..dan aku yakin..semua ini lah yg membuatkan kita memahami dan menghargai saat2 kegembiraan yg ALLAH kurniakan pada hambanya..

Mama..Abah..mi minta ampun maaf sebab tahun ni.Mi tak dapat balik beraya bersama2 keluarga..Mi tak dapat cuti raya..tapi insyaALLAH, sebelum berakhirnya kemeriahan raya, kemeriahan syawal..mi akan balik..pada kak ja, kak anie, abg awie, abg yie, kak mah, abg Ming..mi minta ampun maaf atas segala kesulitan, kesalahan dan kesilapan yg telah mi lakukan selama mana mi bernafas di muka bumi ALLAH ni..ampun maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki..ampun maaf dari setiap sedutan nafas sampai helaan nafas terakhir mi pohon kan..

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

ikhlas dari,
mohd azami bin ibrahim

No comments:

Post a Comment