Sunday, January 31, 2010

idea

"..dah lama rasanya aku tak taip kan entry panjang2..skarang dah tak tau nk taip pasal ape..kang silap taip kang kena marah..hahaha..korang kat luar sana ada tak pape idea?leh kongsi sikit..aku agak kebosanan jugak la skarang.."

Wednesday, January 27, 2010

January,26, 2010




kasih sayang bukan untuk ditayang,
tapi untuk dipertahan supaya dihati tidak hilang.

Tuesday, January 19, 2010

Bicycle Black Scorpion

Hai..kali ni aku nk ceritakan tentang aku punya deck kad baru..nama kad ni Bicycle Black Scorpion..Kad ni antara salah satu aku punya koleksi jugak la..





Kad ni aku xbeli pakai duit aku, tapi ni hadiah dari seseorang yang dia tahu aku mmg minat dengan kad terup ni..

Kad ni ada beberapa 'gaff' yang menarik..Aku tengok byk kali pun aku tetap suka..huhu

kad ni aku jarang guna..sbb dia sesuai digunakan utk trick2 tertentu je..Lagi pun sayang nk gasak kad ni..huhuhu




Ni antara ThumbFan yg terjadi kalau aku guna kad ni.. ni dari view depan...





Kalau dari view blakang..ThumbFan kalau buat pakai Black Scorpion ni, mmg cool...kalau lagi pandai buat, lagi menarik susunan nya.. Aku xla pro sangat..







Kad ni datang dengan kombinasi colour kuning dan putih berlatarbelakang kan warna asasnya Hitam..sama macam deck Bicycle Black Ghost yg 2nd Edition tu..












Aku sayang kad ni..walaupun dia bukan manusia, tapi kad2 yg aku ada ni la yang bleh buatkan aku lupa seketika masalah2 yg aku hadapi..


kalau ada sesape nak tgk magic, meh la datang jumpa aku..kang aku buat magic..tapi kalau tak jadi,hehehe jgn marah yerk..Kalau korang ada berminat nk miliki kad ni, bleh gtau aku, aku try dapatkan utk korang..mana tau kot2 ada nak buat koleksi..

life is a part of magic..

Expensive

Semakin hari, semakin mencabar pulak hari2 aku lalui..bermula dari pagi, mesti ada je yg jadi..setakat ni pun, dah lama rasa nya aku x update entry baru kat page ni..sayu je bila lihat keadaan sekarang..tapi, ape2 pun jadi, hidup mesti di teruskan..

Maaf kepada mereka2 yg pernah aku sakiti, terutama pada mereka yg sering bersama aku..maaf sbb buat keputusan yang tak tau baik buruk keputusan yg aku ambil tu..Aku harap ada hikmah disebalik semua ni..

OpssS!..lupa nak ucapkan thanks pada someone yg sudi hadiahkan pada aku satu “deck card” yang sangat menarik.. edisi “Black Scorpion”..nice card tu..thanks a lot..mmg dah lama nak beli kad edisi tu Cuma, duit tak brape ada sbb dah byk buat repair aku punya “teman”…hehe, teman aku tu sebuah motosikal aje..

Sekarang, aku pun xtau dah ape akan jadi pada aku kat sini..a lot of things dah aku rasa jadi sepanjang aku kat Shah Alam ni..So, harap2nya..aku dapat habiskan masa2 yg ada kat sini dgn lebih bermakna..tapi, so far la kan..sgt bermakna kenangan aku kat sini, terutamanya for the past 4 months..So, harap ianya dapat berterusan walaupun keadaan dah berubah..

Bukan salah sape2 pun semua ni jadi..ni pun bukan niat aku, Cuma aku takut, utk hari2 mendatang, aku xdapat tunaikan ape2 janji yg aku buat..itu lagi memeritkan..Lagipun, ramai dah tau, sukar nk bersama fahami aku..Sama macam one deck of card, ada 52 cards, so if kita faced down kan kad2 tu, sukar bagi kita nak teka ape sebenarnya angka, warna dan gambar yang tertera pada kad tu..

Friday, January 1, 2010

morning nya pagi ini

entry ni, xde kena mengena dengan tajuk pun..cuma bila aku bgn semayang subuh pagi tadi,tetiba je terkeluar ayat tu..semalam new year kira OK la.xpayah susah2 kena g jalan jauh2 nk tgk bunga api, elok je kat area depan2 umah sewa aku ni diorang buat sambutan..jalan punya la jammed..cam hareem...hahaha..carutan pertama aku di tahun baru..hari jumaat pulak tu..ape nak jadi ni...kah kah kah..


Tapi thanks kepada member2 yg besama menyambut anugerah tahun baru 2010 semalam..bila aku nengok bunga api smalam, waduh2...terasa seronok pulak..bila dia letoOp pastu memeriahkan langit gelap dengan cahaya2 yg menarik..ibaratkan sudah gelap lagi bersuluh..haha..baru nampak..cam terasa aku masih kecik2 agy bila perasaan gembira tengok bunga api..tapi memandang kan aku xberapa nk kecik, so muka aku control aje la..buat2 macam xde pape berlaku..tapi kat dalam hati terasa cam nak jerit2 je..sbb hepy...


So, welcome 2010..semoga tahun ni mendatangkan manfaat pada kita semua..

Thanks juga kepada kamu yg selalu bersama ku...

selamat datang 2010


gerak akan hidup, diam mati..tak akan berulang lagi...

aku, nyata tak kan lari, terbang tak kan tinggi...

indah rajawali, segagah keluli, panas matahari..

mana boleh jadi..aku tak kan .....................................

dibakar terbakar, tapi tak hilang bisa...

cari cari, kebenaran, diam mati...


Selamat Tahun Baru Masihi 2010..

Tahun yang dah lepas, sudah pun berlalu..tapi kenangan suka duka yang pernah dilakarkan pada keratan tahun lalu tetap terpahat dilubuk hati jiwa yang merasainya..Sampai saat ini, aku terasa begitu kecil disisiMU..namun aku ingin merafatkan kesyukuran kerana masih lagi diberikan kesempatan untuk menghirup udara dibumi Mu Ya ALLAH, Ya Malik, Ya Quddus, Ya Salam..yang mana Tuhan yg memiliki segala kebesaran dan menakluki seluruh Asmaul Husna...


Terasa byk yg telah aku perkecilkan dalam menjalani kehidupan aku seharian..Namun bagi aku yg hanya insan dan hamba yg hina ini, kesempatan yg ALLAh berikan bagi terus menghirup udara dibumi Nya ini adalah satu anugerah yg sanagt besar..Tapi aku sedar, kesyukuran dan kesedaran yg aku rasai ini, mungkin akan aku lupa bila kelekaan menyelubungi harian ku..Semoga aku, kamu, kita, mereka dan semua umatNya sentiasa sedar akan anugerah ini..