Wednesday, August 8, 2012

bila cinta dipertaruh

aku sayang kan hidup aku bukan beerti aku tak kan mati ..dan pastinya itu satu ketentuan yg jelas kebenarannya..aku cuma sayang kan hidup aku sebab, aku ada masa lalu yg aku tinggalkan menjadi kenangan..dan aku mengejar masa depan yg aku angan kan..

seperti yg lain..aku cuma manusia biasa, berangan, bermimpi..ada keiginan, ada kemahuan..
ada yg aku suka, aku minat..aku sayang..dan ada juga yg aku benci, x selesa, x suka..Jika berhak kau menerima aku, akan ku cinta kan kamu dengan sederhana..agar tidak kita hanyut terus hanya didunia..

"Aku mencari cinta dunia supaya 
jambatan ke syurga senang aku lalui, 
bukan sekadar cinta dunia yg penghujungnya hanya dunia"


________________________________________________________________________        0428.8812

Saturday, July 21, 2012

ahlan ya RAMADHAN 1433H

besar rahmat-MU ya-ALLAH...

Hari ini, hari pertama umat Islam menjalani ibadah puasa..Ramadhan 1433H menhamparkan pelbagai juadah amalan dan ibadah yg tukarannya adalah ganjaran pahala dari Yang Maha Esa, Tuhan sekalian alam..

Ya-Allah, Ya-Rahman, Ya-Rahim..entry kali ini aku memuji kebesaran MU ya-Allah..aku bersyukur dengan segala kurniaan mu ya-Allah..segala nikmat telah Engkau kurniakan kepada kami hamba-hamba-MU dan Kau telah tunjuk kan kebenaran Kalam Mu..Kau telah tunjuk kan segala bukti kekuasaan Mu diatas setiap kejadian..bahkan diatas kejadian kami sendiri...

terima lah segala amalan kami ya ALLAH, kurniakan lah kami iman yg teguh, tunjukkan lah kepada kami jalan2 yg Engkau redhai dan perkuatkan lah hati kami dalam menempuh segala dugaan.

Monday, July 16, 2012

harap kau bersabar

bila hidup kau sentiasa diuji dari segenap urusan..dari sekalian arahan dari segala langkahan..maka kau akan sentaiasa berhati-hati..maka kau akan kembali cekal dan bertahan..dalam kesedaran yg kau cari, dalam segenap ranjau yg kau tempuhi kau kini mencari jalan dan arah tujuan hidup kau..kau mennguji setiap persekitaran kau..aku harap kau faham..dalam setiap langkah yang kau orak bersama aku selama ini adalah satu ujian pada kau dan aku menjadi penilainya..jika kau benar2 mahukan ape yg selama ini kau lafaz kan..aku harap kau bertahan..

selama aku membenamkan langkah bersama kau dan dalam masa yg sama aku memadam langkah silam aku, aku menghampiri yakin yg kau adalah insan terbaik untuk aku..aku katakan pada semua kenalan dengan langkah dan tutur gaya ku. Tapi disebalik yg kau tidak sedari, aku menilai setiap segalanya..mungkin bukan aku yg berhak keatas segalanya, tapi setiap yg melintas, menghampiri dan mendekati persekitaran hidup ku, menjadi urusan aku utk menilai.. 

setiap fasa yg aku gariskan ada arasnya, ada pengukurnya..setiap tujuan yg aku cari, aku telah gariskan matlamatnya..walau sedikit terpesong, tapi bukan itu asal tujuan ku..cuma aku melihat sejauh mana kemampuan nya..aku nanti kan kau dalam setiap urusan ku...aminnnnnnnnnnn

Sunday, July 15, 2012

love always win

aku lihat kau, tapi bukan aku yg disisi.. 
andaian takdir itu yang kita sama nantikan
dan saat itu lah segalanya terjawab rahsia,
kemenangan cinta kau..hakikat yg perlu kita sama2 terima..
mungkin takdir cinta lain untuk diri ini dikemudian..

love always wins =)
AKU NANTIKAN SAAT KEMENANGAN CINTA INI

Friday, June 22, 2012

checkList...korang ada??

korang ada benda best2 ke nk dikongsi? xkisah la tentang harta benda ke, life korang ke, aktiviti korang ke atau apa2 je..macam aku, bila aku fikir2 balik aku ni xde benda best pon..dan sebab tu la kot susah nk dapat kan seseorang..hehe..

korang kaum perempuan kt luar2 sana, mesti la nk cari lelaki yg stylo..pandai berfesyen..fotogenik laa..pandai menari, pandai shuffle..hahaha..kan??? and the most important..korang confirm² nk yg berduit kan..alaa..tak salah memilih cma, jgn la sbb nak cari yg sama, sebijik ngan korang pnya checklist, korang susahkan perkara senang..hidup sekali je..try and error la kan..hehe..

bila aku renung² balik..aku mmg xde bnda best yg boleh dikongsi. ni je aku ada
- motor yg tayar depan belakang dah botak * lampu signal dah tak menyala
- kereta yg bateri dah 'kong' dan tak start hampir sebulan
- rumah sewa yg berkongsi 7 orang
- baju kemeja yg sama dan kdng2 guna je 2-3 kali tnpa basuh (malas)
- xde minyak rambut..
- minyak wangi rm10 - rm30
- kasut hitam yg dah pakai dari zaman form6
- stokin pakai buang, sbb beli yg 4 pasang rm5-rm10 (hahaha..) 
- HP nokia yg dh diguna selama hampir 6 tahun..(pakai pred=paid plak tu)
- xFoto genik langsung...xpandai bergaya, fesyen hancus (pakai baju kaler sama je)

aduhai best nye checklist 'harta' (kononnya) yg aku ada ni..
patut laa xde sape nak kan aku..perghhhh..sayu sungguh..haha

Monday, June 11, 2012

north's trip, June, 2012

hahaha..mula2 entry dah start ngan gelak..sebab ape..sbb aku baru je balik dari kenduri kahwin ex-classmate time diploma dlu, kitorng panggil dia "yah". dia duk kt Sungai petani Kedah..so aku dapat la g merayau ke kedah.Bukan tu je..disambungkan skit perjalanan ke P.Pinang..hehe..aku g pn xlama, sbb xdapat cuti...aku g bertiga sama2 ngan dua lagi rakan sekelas time diploma dlu, Oshin n Ume.. Pengankutan ke sana ditaja oleh Ume, sbb pakai kete dia..hehe..kete dia sgt save minyak..half tank je g Kedah..woOhooo..dalam RM35 je.
Selamat Pengantin Baru

then after dah ciap mkn2..minum2 + begambar besama Penagntin, kitong g merayau ke Pinang plak.. berpandukan arah yg xtetap..kami merayau je..masuk pinang lalu jambatan..best woO..sbb first time drive sndiri lalu jambatan P.Pinang tu..

Then, kitorang g beli jeruk kt mna ntah, lupa nma tempat..si oshin n ume tau la kot..yg aku tau tmpat tu dekat ngn nasi kandar line clear..xde la dekat sgt, tp dekat2 la jgak..hehe..borong2 buah jeruk skit..pastu lepak sat pekena cendol + cucur udang..woOhoOO..sejuk badan..si oshin yg byk minum, dia p tambah "air Tingkap"..nak tau ape tu air tingkap..kena p cari kt Pinang..huhu,.sedap rasanya..

shopping 'jeruk'
cendol pinang
north trip June,2012
Dah siap2 makan + minum, kitong g bepusing kt Baru Feringgi..berenti kat Pantai Miami..  
(miami sngat..  hehe) .. nama nk gempak..tp ok la..ramai gak pengunjung duk mandi2 bekelah kt sana..maklum la tgh cuti sekolah..Kitorng xmandi..just lepak + amik gambar + minum air ngn mkn kepok lekor je..pastu bertolak balik..Tapi kali ni ni balik naik Feri plak..hahaha.. saje merasa smua jalan perhubungan yg ada...

hope next time dapat ke tempat lain plak..

Friday, May 4, 2012

alur kau tantif

hey kau tantif...
prosa manja yg kau laung menyiat-nyiat salur darah aku...
gema sopan kau ulang...bagai salak-kan serigala yg lapar..
aku benarkan kau berada diatas 
supaya kau dapat rasa kan harga diri mu
supaya kau tahu sengsara di bawah..

tapi kau tantif...
kau khayal dalam keseronokan yg di halusinasi kan sendiri..
kau bangga digelak-gelak oleh yg bawah..
kau angkat kata nista sebagai panduan..
kau leka dengan bayang-bayang tanpa warna...

aku hanya ada kotak kosong...
cuba kau resap, masuk dalam realiti dunia..
kau buka pintu telinga kau..buang kunci mata kau..
agar kau sedar dunia ini tak lagi menunggu mu..
dia ada banyak lagi hal yg perlu di pedulikan...
dari terus mengukir alur utk diri mu..

Monday, April 23, 2012

bila kau rasakan kejatuhan

bila aku rasa jatuh..bila aku rasa suram, muram..rasa macam dah tak sanggup nk terus kan dgn semua ni, KAU tetap pandui aku, KAU tetap gagah kan aku, cekal kan hati aku, kembalikan semangat pada ku, padamkan keresahan dalam hati ku, hilangkan kekusutan di fikiran ku..KAU tetap jadi kan aku hamba yg masih mengingati MU..walaupun aku tahu, aku sedar yg aku sering kali melupakan MU, sering kali ingkar arahan dan pesanan MU..

aku rasa kan semua ini tak layak utk aku terima..tapi Maha Suci Allah yg Maha Pengasih dan Maha Penyayang..ENGKAU tetap selalu dekat dengan hamba MU..terlalu dekat dengan diriku..dan KAU juga Maha Mengetahui lebih dari apa yg aku sendiri tahu, dan mengenali diri ku lebih dari apa yg aku kenali.
memang benar dan sesuatu yang pasti..segalanya nikmat yg ENGKAU kurniakan tiada bandingannya.


Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

Sunday, April 22, 2012

Saturday, April 21, 2012

i don't know

do you know that.. 

talking with you are my medicine..

Wednesday, April 11, 2012

11th April..


hari ini 11 April...pada beberapa tahun yg lalu, pada tarikh ni kita kenal..byk yg aku suka kan dalam masa yg singkat itu..byk yg aku kenangkan dalam waktu yg pendek itu..byk juga yg aku fahami dalam selang yg telanh kita lalui dulu..saat yg indah bila bersama duduk bercerita...saat yg girang bila melangkah bersama mengenali dunia..saat yg penuh gelak tawa bila hati sama2 tercuit..dan ia juga saat yg perit bila semua itu diragut..tapi..ini lah kehidupan..ibarat aiskrim..untuk merasai kenikmatan dan kemanisan rasa aiskrim tu, kita perlu cepat memakannya..dalam masa yg singkat, perlu pandai menikmati kehalusan rasa..dan jika kita leka, maka ia akan cair..malah cair ditangan kita sendiri..tanpa kita sempat merasai...

setiap kebetulan yg kita rasa kan adalah susun atur yg terbaik buat kita..setiap keresahan yg dirasakan adalah kenikmatan dalam hati meleraikan kekusutan..dan setiap kegembiraan yg dilalui adalah peringatan kepada sesuatu kesedihan yg bakal menanti..syukur pada ILLAHI..memberikan segala nikmat rasa itu kepada kita..dengan rasa itu lah kita mencorak kan hidup kita masing2..setiap manusia itu, aku pasti ada pengalaman nya tersendiri..mungkin utuh pada dirinya, rapuh pada manusia lain..mungkin layu pada dirinya, kembang pada manusia lain..yg pastinya..setiap pengalaman yg dilakar menjadi kenangan yg tak mampu dijual beli..tidak mampu dinilai dengan hasil bumi..tidak terluah dengan kata dan tidak terukir pada lakaran..

Ya-ALLAH..Ya-Rahman..Ya-Rahim...KAU kuatkan lah hati kami dalam
mengingati-MU..

11/4/'12-4:44am

Sunday, April 1, 2012

i don't really understand what was happen right now


when we move forward and turn around..we realized that, there
were something we left behind..we tried to get it back but we can't..
and that's mean it's end for that..

don't be sad..just keep moving..keep walking..keep running..
take it what was in front of you..and..just remember..
"an end is signals for a new beginning"

Thursday, March 15, 2012

sihir kehidupan


sepi dalam kelam malam, bukan beerti meraba mencari jalan..
terang dalam kecerahan siang bukan kenikmatan yang patut dileka..
senang melafaz, kerana kita insan yang bertutur kata..
kudrat yg ditanggung merasai bebanan harian, tatkala fikiran mula mencemuh..

teringatkan pada sebuah janji yang sengaja dibiarkan berlalu..
dalam masa sesaat, berjuta kesempatan telah dilepaskan..dalam leka kita sendiri..
masa...memang dia pembunuh utama..dalam diam, dalam sibuk, dalam kalut manusia..
kita mencari masa tambahan, sedangkan sering melepaskan masa yg ada..

tatap hidup mu sebelum hidup mu menatap tubuh mu..
kenang kisah mu sebelum yang lain mengenang mu..
uruskan diri mu sebelum insan lain menguruskan diri mu..
hitung kehadiran mu dulu, sebelum kehadiran mu bakal dihitung..


Tuesday, March 13, 2012

biar ku sentuh cinta mu


biar ku sentuh cinta mu

sayang..
walau belum aku tahu siapa diri mu..
izin kan aku merasai kasih mu..
izin kan aku menjadi teman mu..
izinkan aku menjaga diri mu..

sayang..
walau belum pernah kita ketemu..
akan aku usahakan mencari diri mu..
akan aku bongkar rahsia jodoh kita..
akan aku lampirkan segala kemusykilan..

sayang..
walau bukan aku yang terbaik..
benarkan aku syahid bersama cinta mu..
benarkan aku perit kerana kasih mu..
benarkan aku bernafas seiring diri mu..


sayang..
aku tahu..banyak kekurangan diri ku ini..sedikit kelebihan kurniaan Illahi..
dan aku damba kan diri mu melengkapkan kekurangan ini..
mengharapkan diri mu mengurus kan kelebihan yang ada..
mengharap kan dirimu seikhlas hati membenarkan aku menyentuh cinta mu..
mengawal dan bersama harian ku..supaya sama2 merasai kenikmatan ini..
sama2 membina jambatan ke taman di-sana..

jika satu hari nanti diri mu,aku temui..
aku harapkan diri mu lah pelengkap nafas ku sampai akhir nanti..


Thursday, March 8, 2012

Berteduh dari Keriuhan Sejenak



hari ini..aku lah kawan, kerana buat mu tertawa..
menyentuh halus kedukaan yg kau alami..
buat mu tersenyum kembali dan tertawa..
walau kian aku menjauh tabir2 sifat ku..

tapi, bila kawan2 mu pulang..hadir disegenap ruang hari mu..
tersisih lah aku dari mu..
apabila tabir ditutup..gelap gelita..ku tetap keseorangan..
ku sedar siapa diri ku..kau buat tempat berteduh..

kini..dalam gerimis hujan..lencah aku dibasahi..
dalam kesilauan siang..terang aku dipayung..
kian pudar, hilang dibuang...
kian rapuh..lusuh menjauh..